Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya di Selangor digesa untuk merebut peluang dengan memanfaatkan pelbagai kemudahan platform teknologi yang telah disediakan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) kepada mereka bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, kebolehupayaan SIRIM dalam membantu PKS melakukan transformasi teknologi dilihat relevan memandangkan badan tersebut memiliki kepakaran dan kemudahan yang serba lengkap.
โUntuk kekal relevan, syarikat digesa mengikuti perkembangan teknologi baharu dengan melabur dalam tiga bidang utama iaitu automasi, bakat mahir dan peningkatan kemahiran, serta inovasi.
โSIRIM bersedia memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat pembangunan perindustrian negeri melalui peningkatan kemahiran dan pembangunan modal insan,โ katanya sewaktu menyampaikan ucaptama pada Program Keterlibatan SIRIM-Industri (SIE) Selangor di Kompleks SIRIM Shah Alam, semalam.
Tambah Chang Khim, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM210 juta bermula tahun ini hingga 2021 untuk menyokong peralihan dan perpindahan ke Revolusi Perindustrian Keempat.