Platform bisnes dalam talian: Penjual Malaysia utamakan pengalaman membeli-belah dipercayai

Tinjauan baharu terhadap penjual di Shopee mendapati bagaimana penjual mengutamakan pembelian selamat kepada pelanggan.

Apabila 500 penjual dalam talian tempatan ditanya, “Apakah platform pilihan untuk menjalankan perniagaan dalam talian secara selamat untuk pelanggan?” di bulan September 2023, 90% memilih Shopee daripada sembilan platform lain.

“Hasil tinjauan ini menyaksikan kepercayaan tinggi penjual Malaysia terhadap keupayaan Shopee dalam membekalkan platform yang selamat untuk perniagaan mereka.

โ€œPlatform kami menawarkan pelbagai ciri perlindungan yang inovatif untuk membantu pelanggan kekal selamat seperti Shopee Guarantee, pilihan pembayaran selamat, dan program pengesahan Preferred+ dan Shopee Mall.

โ€œShopee juga bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk melawan penipuan dan melindungi pengguna kami,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee.

Tinjuan #ShopSafewithShopee mendapati sembilan dalam sepuluh penjual Malaysia di Shopee telah melindungi perniagaan mereka dari semua bentuk penipuan dalam talian pada tahun lalu.

Shopee mengukuhkan jualan bertanggungjawab dalam kalangan penjual dengan memberi insentif untuk memastikan khidmat terbaik diberikan kepada pembeli. Hab Pendidikan Penjual Shopee University turut memacu pendidikan melalui webinar percuma tentang Perlindungan Jenama Malaysia, Polisi Pemulangan, dan Shopee Mall.

Dalam tinjauan mirip terhadadap 1,000 pembeli-belah pada bulan lalu, Shopee mendapati rakyat Malaysia menghargai pendapat pembeli lain ketika membeli dalam talian. Mereka juga berkemungkinan memilih penjual yang telah disahkan Shopee atau mempunyai rekod khidmat pelanggan yang baik.

-NIAGATIMES

safe-online-shopping-experience.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.