GedungOnline.com, sebuah platform perniagaan dalam talian yang didorong oleh komuniti pertama di Malaysia, telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dengan Tapaw.com bagi membantu mereka memperluaskan perkhidmatan penghantaran produk di Lembah Klang.
GedungOnline dalam kenyataan berkata, pihaknya dan Tapaw.com telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Penghantaran yang akan menyaksikan lebih banyak kawasan di Lembah Klang dibuka untuk perkhidmatan penghantaran barang makanan dan bukan makanan.
โMemandangkan platform laman e-dagang ini masih baru di pasaran dan di peringkat percubaan, jadi laman ini bersedia menerima pendaftaran penjual dan peniaga di kawasan Lembah Klang dahulu sebelum menerima pendaftaran penjual dan peniaga dari seluruh Malaysia.
โOleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai penjual di laman ini, GedungOnline.com menawarkan RM10 sahaja yuran tahunun pendaftaran dengan 1 gigabait had limit percuma,โ katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, penjual makanan dan barang-barang bukan makanan terutamanya daripada kumpulan berpendapatan B40 dan M40 akan ditawarkan bayaran komisen yang rendah untuk memastikan sebahagian besar jualan yang diperolehi di platform dikembalikan kepada mereka.
โSebagai sebuah platform perniagaan dalam talian yang didorong oleh komuniti, objektif utama GedungOnline.com adalah untuk meningkatkan penguasaan penjual kami dengan menawarkan cara mudah untuk menjual dalam talian, mendapat sokongang pemasaran dan promosi, dan bayaran komisen yang rendah,โ jelasnya.
-NIAGATIMES