PLMP Venture Capital guna rantaian blok bantu PKS

Cabang pelaburan tempatan firma rantaian blok Singapura PLMP Fintech, PLMP Venture Capital, hari ini telah dianugerahkan lesen Pengurusan Aset dan Dana oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SECC) Kemboja.

Langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada sasaran sepuluh tahun syarikat berkenaan untuk menginkubasi lebih daripada 10,000 PKS melalui penyelesaian rantaian blok dan peluang perangkaian.

“Kami mempunyai portfolio yang pelbagai dengan projek-projek teknologi, hartanah dan kewangan yang sudahpun diusahakan,” kata Pengasas Bersama PLMP Fintech, Datuk Seri Dr Peter Lim memetik contoh-contoh Creatanium Smart City dan integrasi berterusan sektor logistik Indonesia dengan protokol rantaian blok milik firma itu sendiri.

Memetik kata-kata Kym Kee, Pengarah Urusan PLMP Venture Capital, “Lesen berkenaan akan membuka pintu kepada pelaburan institusi dan bernilai bersih tinggi sebagaimana yang kami rancangkan untuk Creatanium Silicon Valley.”

Dengan unjuran nilai sebanyak US$5 Bilion yang bakal dicapai dalam tempoh sepuluh tahun, sebaik sahaja siap, projek ini akan menjadi Taman Teknologi pertama Kemboja yang menempatkan PKS dan syarikat-syarikat baharu dalam teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan keselamatan siber melalui rantaian blok.

-PR NEWSWIRE

Blockchain-Foto-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.