PM Group Thailand perluas teknologi ConFlow Power di Asia Tenggara

0
1

PM Group Company Limited dan ConFlow Power telah bersetuju dengan syarat bagi perjanjian pelesenan eksklusif yang merangkumi seluruh Asia dan rantau ASEAN. Antara negara yang terlibat ialah Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Myammar, Brunei, Kemboja dan Laos.

PM Group aktif mengusahakan pembangunan portfolio pelaburan strategik dalam pelbagai bidang termasuk teknologi disruptif dan tenaga boleh diperbaharui. ConFlow Power memilih pendekatan ‘fast to market’ untuk teknologi bateri penjanaan semula. Perkongsian antara kedua-dua kumpulan ini membawa nilai bersama yang istimewa dan kekuatan yang saling melengkapi kepada model perniagaan global mereka.

Teknologi ConFlow Power yang berpotensi untuk mengubah industri telah memberikan hasil prestasi yang cemerlang kepada PM Group, semasa lawatan usaha wajar di London pada September tahun ini, peranti ini telah menjalani ujian ketahanan dan berbilang prosedur pengurangan dan cas semula yang berlangsung selama dua hari.

Edward Fitzpatrick Ketua Pegawai Eksekutif ILOCX berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PM Group sebagai rakan kongsi dalam ConFlow Power. Ia meluaskan skop dan membolehkan kemasukan yang pantas ke kawasan terpenting di dunia dengan Asia Tenggara menempatkan lebih 640 juta pengguna, US$2.8 trilion dalam KDNK, dan pasaran ketiga terbesar di dunia dengan potensi permintaan yang tinggi untuk teknologi ConFlow Power.”

Chalermchai Mahagitsiri, Ketua Pegawai Eksekutif PM Group menyatakan, “Perkongsian eksklusif yang dijalinkan bersama ConFlow Power, yang pertama di Asia, membolehkan PM Group berada di barisan hadapan teknologi transformatif berpaten yang selamat digunakan, mesra alam dan murah untuk dikilangkan.”

-PR NEWSWIRE

1.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.