Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa usahawan tempatan khususnya dari luar bandar agar memanfaatkan peluang meneroka ekosistem perniagaan di Jepun seandainya mereka dipilih oleh agensi-agensi kerajaan melalui program keusahawanan ke negara matahari terbit itu.
Beliau bekata, terdapat pelbagai cabang perusahaan di negara berkenaan yang boleh dipelajari usahawan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti perniagaan mereka dengan sebuah wilayah di Jepun, Okinawa dinamakan Mahathir sebagai salah satu lokasi yang sesuai memiliki produk dan pengurusan perniagaan berpotensi untuk dicontohi.
“Saya baru-baru ini telah ke Okinawa dan mengenal pasti beberapa bentuk perusahaan yang boleh diusahakan oleh kita di Malaysia.
“Saya ingin cari orang (usahawan) yang berminat dihantar ke Okinawa dan tempat lain di Jepun untuk mempelajari perniagaan di sana,” katanya sewaktu berucap pada program Nak Ubah Hidup 2020 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) Selangor, baru-baru ini.