PMB Tijari sedia pembiayaan AS$10 juta PKS kembang perniagaan ke luar negara

0
10

PMB Tijari Bhd (PMB Tijari) yang bernaung di bawah Pelaburan Mara Bhd bersedia menyalurkan bantuan pembiayaan sebanyak AS$10 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan berkelayakan dalam meperluaskan projek perniagaan masing-masing di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Sazriz Wan Zaid berkata, dana khas yang turut mendapat kerjasama Kumpulan Islamic Development Bank (IDB) tersebut memperuntukkan had AS$1 juta bagi setiap PKS yang terpilih melibatkan transaksi dolar Amerika Syarikat (dolar AS) dengan pelaksanaannya dijadualkan bermula awal tahun hadapan.

“Inisiatif dana dalam bentuk mata wang dolar AS bertujuan mengelakkan syarikat yang dibiayai menerima kesan berikutan kadar turun naik tukaran wang asing yang tidak menentu.

“Selain itu, kami komited untuk menyokong usahawan dalam sektor mencabar terutama dalam sektor strategik seperti aeroangkasa, automotif, rel, tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, bioteknologi dan industri halal ke pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat media di ibu pejabat PMB Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PMB-Tijari.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.