Portal MyAssist MSME jana RM9.7 juta potensi jualan

MyAssist MSME, portal yang dibangunkan khas oleh SME Corp. Malaysia, adalah untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapatkan khidmat nasihat perniagaan, membuat temujanji dengan Kaunselor Perniagaan terlatih dan menyertai sesi pemadanan pernigaaan secara dalam talian.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad, portal ini merupakan satu platform khidmat nasihat perniagaan sehenti buat PKS.

“Ia bukan sahaja membantu PKS mengadaptasi pendigitalan bahkan juga mendapatkan khidmat nasihat serta peluang perniagaan mengikut norma baharu.

“PKS perlu berani untuk berubah terutamanya cara berniaga mengikut norma pasca Covid-19. PKS juga perlu cuba meningkatkan keterlihatan di dalam platform dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy memaklumkan bahawa sehingga kini, portal ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan akses lebih 50,000 pengunjung serta mencatatkan potensi jualan sejumlahRM9.7 juta.

“Kami akan terus komited di dalam memastikan kelangsungan PKS di masa yang mencabar ini. Di kala satu dunia dilanda pandemik Covid-19, PKS perlu memanfaatkan perkhidmatan yang ada di dalam portal ini bagi meneruskan kelangsungan perniagaan secara norma baharu.

“Selain itu, kami juga akan terus menyokong rancangan pemulihan kerajaan melalui pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan program pembangunan dan fasilitasi,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Portal MyAssist MSME, sila layari www.myassistmsme.gov.my.

-NIAGATIMES

msme2.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.