Tahun 2017 dijangkakan akan menjadi tahun yang amat mencabar buat rakyat Malaysia terutamanya para usahawan. Namunpun begitu, kita tidak seharusnya menjadikan cabaran itu sebagai satu alasan mengapa tidak boleh berjaya dalam hidup.

Seorang usahawan yang berjaya tidak akan mudah menyalahkan keadaan, malah mereka akan mengambil kesempatan melalui keadaan yang mencabar itu. Bagi mereka, keadaan yang mencabar itulah sebenarnya yang membuatkan mereka lebih kuat. Sebagai contoh Albert Einstein, sejak lahir lagi beliau merupakan seorang pengidap Asperger Syndrome yang mana amat sukar baginya untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Jika Albert beranggapan bahawa penyakitnya itu menghalang dirinya untuk menjadi seseorang, sudah tentu kita tidak akan mengenalinya sehingga ke hari ini. Tetapi masih ramai yang tidak percaya beliau telah memonopoli majoriti teori fizik yang masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Selain itu, kegagalan juga mampu mnghakis keyakinan diri. Manusia tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Ramai beranggapan bahawa semakin banyak kesilapan yang kita lakukan menjadikan diri semakin kuat. Perkara seperti ini hanya akan berkesan jika seseorang itu bangkit selepas terjatuh. Seorang usahawan yang berjaya akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri. Mereka lebih gemar mendengar pandangan dan nasihat orang lain. Sebagai contoh Abraham Lincoln, beliau sendiri pernah mendapat pelbagai kecaman sepanjang hidupnya. Tetapi Abraham lebih rela mendekati orang yang mengecamnnya dan bertanyakan mengapa mereka berlaku sedemikian. Pada saat itulah beliau dapat menilai kekurangan serta berpeluang untuk memperbaiki dirinya.