PPIM lancar platform e-dagang SPPZ yang dikuasakan oleh Fusionex

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memanfaatkan kerjasama dengan Fusionex untuk membangunkan inisiatif platform tempat pasaran e-dagang Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dpersetujui mereka, baru-baru ini.

Pengerusi SPPZ, Datuk Nadzim Johan berkata, platform tersebut bukan sahaja melangkaui pengguna, malah peruncit dan pembeli kerana sifatnya yang merangkumi pelbagai aspek ekonomi membolehkan semua pihak yang terlibat menjadi sebahagian daripada ekonomi digital.

โ€œKami percaya produk tempatan kami bukan sahaja terbaik dari segi kesihatan dan keselamatan tetapi juga dari sudut pandang halal kerana Malaysia adalah sebuah hab halal untuk lebih 46 buah negara.

โ€œDengan ciri-ciri nilai tambah seperti Maklumat Halal, Pengiraan Zakat, Pautan NGO Dunia, dan Perkongsian Belia, antara lain, platform ini berpotensi untuk memberikan manfaat besar di peringkat global,โ€ katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan bagi Perusahaan dan Sektor Awam di Fusionex, Chua Yu Ye berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan SPPZ dalam usaha mereka untuk memperkenal, memupuk dan mengekalkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia melalui e-dagang.

โ€œPada masa yang mencabar ini, transformasi digital bukan lagi sekadar satu konsep abstrak tetapi satu keperluan yang realistik yang perlu digunakan oleh perniagaan sekiranya mereka ingin tekun dan berjaya.

โ€œSaya percaya peralihan dari kedai fizikal ke tempat pasaran e-dagang tanpa sempadan, sebagai satu tindak balas terhadap krisis Covid-19, akan membantu perniagaan mengatasi krisis yang sedang kita lalui ini,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

SPPZ_Photo.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.