Praxonomy, ICDM umum perkongsian percepatkan transformasi digital

Praxonomy, sebuah penyedia penyelesaian portal lembaga SaaS global hari ini mengumumkan perkongsian mereka dengan Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM), Institut nasional bagi Pengarah-pengarah (IoD) yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi meningkatkan keberkesanan lembaga dan pengarah di negara itu.

Perkongsian strategik itu membolehkan Praxonomy untuk berinteraksi dengan komuniti ahli korporat ICDM dengan menyediakan faedah langganan kepada penyelesaian portal lembaga mereka, Boardlogic.

Boardlogic adalah sebuah platform awan yang praktikal, efektif, dan mesra pengguna yang akan membolehkan ahli-ahli korporat di lembaga-lembaga ICDM untuk beralih kepada penggunaan tanpa kertas dengan pek lembaga digital, bekerjasama dan membuat keputusan di mana sahaja dalam sebuah persekitaran berpusat dan sangat selamat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Praxonomy, Jay Shaw berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian ini dan berharap dapat menjadi rakan penyokong bagi teknologi lembaga yang menyampaikan kecemerlangan tadbir urus moden.

“Dengan bergabung tenaga bersama ICDM, kami dapat berhubung dengan pemimpin lembaga sekarang dan generasi mendatang di Malaysia dan memulakan perbualan berwawasan tentang bagaimana Praxonomy dapat mengubah cara lembaga bekerja dan memimpin,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ICDM, Michele Kythe Lim menjelaskan bahawa perkongsian maklumat yang efektif di antara lembaga dan pengurusan adalah penting untuk mencapai tadbir urus korporat.

“Ketika perniagaan berkembang lebih kompleks dengan kemunculan teknologi baharu, lembaga-lembaga harus mengambil langkah-langkah untuk memadankan dengan kecepatan pergerakan bagi perubahan digital.

“Peranti digital seperti Boardlogic berperanan di dalam membantu lembaga meningkatkan komunikasi, mendapatkan akses kepada maklumat yang betul dan meningkatkan ketelusan,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Capai-persetujuan-bisnes-GAMBAR-HIASAN.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.