Produk dan perkhidmatan bank Hong Leong kini di platform e-dagang

Hong Leong Bank (HLB) baru-baru ini telah melancarkan gedung rasminya di Shopee Mall, sekaligus muncul sebagai satu-satunya bank di Malaysia yang menawaran produk dan perkhidmatan melalui platform e-dagang, setakat ini.

HLB dalam kenyataan berkata, gedung rasmi tersebut adalah sebahagian daripada perjalanan mereka untuk menyediakan sepenuhnya penyelesaian perbankan digital bagi memenuhi penggunaan digital yang semakin meningkat.

โ€œPada Oktober lalu, kami melancarkan proses baharu pembukaan akaun bank sepenuhnya secara digital pertama negara ini melalui aplikasi mudah alih ‘Apply@HLB’, yang menggunakan teknologi e-Kenali-Pelanggan-Anda (eKYC),โ€ katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, strategi โ€˜digital-at-the-coreโ€™ HLB telah membantu memperbaharui pengalaman perbankan dengan membawa mereka untuk memberi tumpuan terhadap trajektori pertumbuhan digital bagi menjadikan perbankan lebih mudah diakses dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

โ€œKejayaan eKYC telah menubuhkan asas untuk kami meninjau peluang baharu dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan melalui saluran digital sahaja,” ujarnya.

E-dagang mengalami peningkatan yang ketara terutamanya sepanjang tahun lalu.

Shopee melaporkan 38 juta purata trafik kunjungan bulanan dan merupakan platform e-dagang yang paling dikunjungi di Malaysia. Ini menjadikan e-dagang sebagai aspek pertumbuhan penting untuk HLB dalam meluaskan proposisi perbankan digitalnya.

-NIAGATIMES

HLB-at-Shopee-Mall.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.