SME Corp. Malaysia (SME Corp) telah membantu 99 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Negeri Selangor pada tahun 2021 melalui Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17.34 juta.
SME Corp berkata, jumlah itu merupakan satu per tiga darpada jumlah kelulusan pada tahun 2021 dengan keseluruhan berjumlah RM39.35 juta diperuntukkan kepada 315 syarikat PKS di bawah program yang sama di seluruh negara.
โSepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), sejumlah 1,227 permohonan bernilai RM141.05 juta telah diluluskan di bawah Program BEEP,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, BEEP yang dilaksanakan oleh SME Corp merupakan program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan teras perniagaan.
โPakej bantuan yang disediakan kepada PKS di bawah program ini adalah berbentuk geran bersamaan yang merangkumi bantuan Produktiviti dan Automasi, Peningkatan Pembungkusan Produk, Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti, Pembangunan dan Inovasi Produk, Pembangunan Penjenamaan dan Promosi,
Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT,โ ujarnya ketika menghadiri program lawatan turun padang ke Syarikat Mustawa Dairy Farm Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah syarikat penerima Geran Program BEEP.
Turut hadir semasa program turun padang ini ialah Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy serta wakil dari Ahli Perbadanan SME Corp.
-NIAGATIMES