Program International Muslim Friendly Affiliated Network (IMFAN) anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama HIJRAH Selangor diharapkan mampu menjadi tarikan penyertaan bagi golongan usahawan mikro yang berhasrat mendapatkan pensijilan halal.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, usahawan mikro khususnya di Selangor wajar memanfaatkan inisiatif program berkenaan yang bertindak sebagai pemudah cara membantu usahawan mikro memperoleh sijil halal.
โKita dapati usahawan mikro kerap berdepan masalah untuk memperoleh pensijilan halal kerana prosesnya yang agak ketat dan memerlukan biaya yang banyak. Atas dasar itu menerusi IMFAN, usahawan mikro akan dibantu berdasarkan lima peringkat penarafan.
โPada setiap peringkat penarafan, peserta perlu mematuhi standard yang ditetapkan dan IMFAN akan memberi logo tertentu untuk produk mereka sebagai tanda mereka telah melepasi tahap tertentu kelak.
โPengguna juga akan lebih yakin dengan produk tersebut sehinggalah mereka mendapat sijil halal sebenar,โ katanya kepada pemberita selepas melancarkan sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) dan IMFAN di Hotel Concorde Shah Alam, semalam.