Program Jom Transform dorong PKS tingkat produktiviti 30 peratus

0
43

Jom Transformasi, sebuah program anjuran bersama United Overseas Bank Malaysia Bhd (UOB Malaysia) dan The FinLab yang baru sahaja melabuhkan tirai diyakini mampu memberi impak positif kepada 16 buah syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mengambil bahagian dengan jangkaan peningkatan produktiviti sebanyak 30 peratus.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, UOB Malaysia dan The FinLab memaklumkan bahawa tiap-tiap syarikat terlibat akan menjalani proses digitalisasi masing-masing berkaitan aspek kemahiran transformasi digital dan pengetahuan seperti menstrukturkan semula perniagaan serta pemasaran digital.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Wong Kim Choong berkata, program transformasi perniagaan tersebut juga berupaya memudahkan proses pentadbiran syarikat PKS dengan lebih cekap dan berkesan dalam menjana produktiviti secara lebih konsisten.

“Program ini direka untuk membantu PKS Malaysia mengubah operasi mereka kepada secara digital dan kami gembira mengumumkan ia telah mencapai matlamat ini.

“Setelah selesai program tiga bulan ini, 16 PKS terpilih kini dapat menggunakan penyelesaian digital untuk mengoptimumkan proses aliran kerja mereka, meningkatkan jualan, melonjakkan kesetiaan pelanggan dan jenama mereka akan lebih diketahui,” katanya.

Jom-Transform.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.