Program Jom Xcess SME Bank bantu PKS wilayah selatan bangkit semula

Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Johor Bahru dan wilayah selatan diberi peluang mendapatkan pelbagai kemudahan pembiayaan dan program pembangunan usahawan yang disediakan oleh SME Bank semasa Program Jom XCESS bagi Wilayah Selatan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, ia ekoran sektor PKS mendapat peruntukan yang besar iaitu RM40 bilion di dalam Belanjawan 2022.

โ€œDaripada jumlah ini, RM900 juta disediakan melalui inisiatif pendanaan ekuiti dan โ€˜quasi-equityโ€™ dengan dana bernilai RM600 juta yang diterajui SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan Bank Simpanan Nasional; sebanyak RM200 juta untuk IBS Promotion Fund dan RM100 juta di bawah program Pembiayaan Usahawan Muda (YEF2.0).

โ€œLangkah proaktif SME Bank untuk turun padang ke seluruh negara dan secara khususnya di Wilayah Selatan hari ini (semalam) menyokong aspirasi Semarak Niaga Keluarga Malaysia serta membuka lebih banyak peluang baharu kepada usahawan PKS untuk mengukuhkan kembali perniagaan yang sedang diusahakan,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Mohammad Hardee Ibrahim, berkata, Pusat Wilayah Selatan yang terdiri dari SME Bank Pusat Enterpris Johor Bahru dan Pusat Enterpris Batu Pahat telah meluluskan pembiayaan yang bernilai RM255.3 juta kepada lebih 115 orang pelanggan bagi tahun 2021 dan setakat bulan September.

โ€œPencapaian ini telah melebihi sasaran kelulusan untuk 2021 iaitu RM200 juta (128 peratus) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan SME Bank,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

SME-Bank-Jom-XCESS.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.