Program Jurulatih dan Mentor INSKEN

0
20

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) kini membuka penyertaan kepada usahawan-usahawan yang berhasrat meningkatkan kemahiran dan ilmu di dalam industri perniagaan masing-masing melalui Program Jurulatih dan Mentor INSKEN atau ‘INSKEN Coaching and Mentoring Programme’.

Program bimbingan industri secara spesifik yang akan berlangsung selama empat bulan ini mengumpulkan para usahawan dalam bidang yang sama untuk sesi ‘coaching one-to-one’ bersama jurulatih industri atau biskaunselor iaitu usahawan berpengalaman dalam industri terlibat.

Dalam masa yang sama, program ini juga menyediakan platform perbincangan sesama usahawan dalam satu industri dengan 15 industri pilihan telah disenaraikan untuk bakal peserta berdasarkan kesesuaian dengan perniagaan masing-masing.

Sebaik sahaja terpilih, peserta yang terlibat akan menjalani sesi ‘industry insights workshop’, lawatan penanda aras, ‘coaching one-to-one’ sebanyak empat kali dan latihan khusus teknikal perniagaan sebanyak dua kali untuk tempoh selama empat bulan.

Antara syarat penyertaan ialah peserta perlulah mempunyai bisnes yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau institusi berwajib, beroperasi minimum dua tahun dan mempunyai rekod jualan.

Sekiranya berminat, pendaftaran boleh dibuat di pautan www.rebrand.ly/IBC2020 .

IBC2020.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.