Program keboleh pasaran dan keusahawanan MEDAC menanti graduan

Graduan diseru supaya memanfaatkan pelbagai program keboleh pasaran dan keusahawanan yang telah disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelaksanaan program-program yang selari dengan teras di bawah Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 serta Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 itu kelak berupaya meningkatkan potensi dan memupuk kemahiran graduan.

โ€œSalah satunya ialah program โ€˜Ready To Workโ€™ (RTW) di bawah โ€˜Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) bertujuan untuk membantu meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur melalui penempatan latihan selama lapan hingga 12 bulanโ€ฆ

โ€œSeramai 5,000 peserta sedang menjalani latihan di bawah program RTW di seluruh negara. Terkini, pelaksanaan RTW diperluas melalui kerjasama Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) melalui Graduate Program 2000.

โ€œInisiatif ini menyasarkan seramai 2,000 graduan setahun menjalani latihan penempatan di 120 institusi
kewangan mulai Julai 2020,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Wan Junaidi memaklumkan, kementeriannya juga mengadakan โ€˜New Gen Entrepreneur Online Bootcampโ€™ (N-GENE) dengan kerjasama CEDAR SME Bank.

โ€œProgram N-GENE bertujuan untuk meningkatkan potensi keboleh pasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan selama sembilan bulan dengan sasaran penyertaan 2,000 graduan dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),โ€ katanya.

Selain itu, terdapat โ€˜Graduate Capacity and Employability Enhancement Programโ€™ (GRACE) yang merupakan program peningkatan kebolehpasaran melalui latihan peningkatan kemahiran dan pensijilan profesional serta program โ€˜Agri-Coaching and Industry Development Programmeโ€™ (ACID) di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) berbentuk latihan keusahawanan melalui bidang pertanian bagi graduan khususnya golongan B40, jelas Wan Junaidi.

โ€œKita juga ada โ€˜Reach Out, Awareness and Developmental Programโ€™ (ROAD) iaitu program kesedaran, pembudayaan dan latihan jangka pendek berkaitan ekosistem keusahawanan serta peningkatan kebolehpasaran kepada pelajar dan graduan.

โ€œProgram ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak merangkumi Institut Pengajian Tinggi, Institut Latihan Kemahiran Awam, kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan serta pihak industri,โ€ ujarnya.

Wan-Junaidi-MEDAC-Foto-NiagaTimes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.