Program Lonjakan SCORE SME Corp bantu PMKS lebih berdaya saing

Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), SME Corp Malaysia (SME Corp) telah menganjurkan Program Lonjakan ‘SME Competitiveness Rating for Enhancement’ (SCORE).

Melalui program ini, Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terpilih akan dapat meningkatkan daya saing, terutamanya di dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar dewasa ini.

PMKS yang menyertai program ini akan menerima sesi khidmat nasihat dan latihan secara bimbingan, perkongsian latihan amalan terbaik perniagaan serta penilaian prestasi operasi syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, Fasa Pertama bagi program yang dilaksanakan untuk tahun ke-15 ini telah disertai oleh 312 PMKS yang dijalankan sejak akhir September 2022.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 80 syarikat yang terpilih akan layak menyertai Fasa Kedua, iaitu Sesi ‘Business Coaching’. Di dalam siri pertama, lebih daripada 500 PMKS telah menyertai program ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Rizal, program Lonjakan SCORE 2.0 yang dilaksanakan pada hari ini merupakan siri kedua yang dijalankan dan menyasarkan peningkatan penarafan (rating) penilaian SCORE bagi PMKS.

“Antara rakan strategik SCORE adalah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), Telekom Malaysia (TM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA),” ujarnya.

Sehingga kini, lebih 65,000 penilaian SCORE telah dilaksanakan di seluruh negara oleh SME Corp dan juga melalui rakan strategik SCORE.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program SCORE, sila layari www.smecorp.gov.my atau emelkan ke info@smecorp.gov.my atau hubungi 1300 30 6000.

-NIAGATIMES

kredit-foto-SME-Corp.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.