Program masakan amal NiagaTimes, CSR Malaysia bantu Food Aid Foundation

Program masakan amal NiagaTimes, CSR Malaysia bantu Food Aid Foundation

Kru penerbitan NiagaTimes baru-baru ini telah menyertai rakan medianya, CSR Malaysia di dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama-sama Food Aid Foundation bagi menyediakan makanan kepada golongan kurang berkemampuan yang memerlukan.

Projek CSR yang dikenali sebagai program bank makanan berkenaan melibatkan kegiatan ala gotong-royong di dapur seperti pemilihan bahan masakan yang sihat dan seterusnya aktiviti memasak secara beramai-ramai.

Menu berasaskan resipi pilihan iaitu ayam masak kicap istimewa serta sayur sawi putih pak choy disediakan kru-kru terlibat yang kemudiannya dibungkus secara pek untuk diagihkan ke pusat penjagaan terpilih iaitu Ann’s Care Centre.

Penasihat NiagaTimes, Emir Abdul Jalal berkata, pihaknya berbesar hati dapat turut serta menyumbang kudrat, masa dan wang ringgit kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi ramai komuniti di luar sana yang masih terkesan dengan impak pandemik Covid-19.

“Inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan yang serba kekurangan bagi mendapatkan makanan yang sempurna untuk meneruskan kehidupan, malah turut memotivasikan kami mencapai matlamat Food Aid Foundation iaitu membasmi masalah kebuluran dan kekurangan nutrisi dalam kalangan masyarakat.

“Sudah tentu, program sebegini akan kami teruskan di masa-masa akan datang. Jika berkesempatan, saya berhasrat untuk memperluaskannya ke setiap negeri di seluruh Malaysia,” katanya.

Turut hadir Pengerusi CSR Malaysia, Datuk R. Rajendran dan Pengasas Food Aid Foundation, Rick Chee Yew Guan.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.