Program pinjaman #DIRECTBANTU dibuka esok, boleh mohon hingga 26 Oktober ini

Platform pinjaman peribadi dalam talian, Direct Lending memperkenalkan Program Rujukan #DIRECTBANTU bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia dalam tempoh pasca Covid-19 yang mencabar ketika ini menerusi satu sistem ganjaran yang menarik.

Direct Lending berkata, program rujukan membolehkan ‘referral affiliate’ menerima ganjaran RM200 bagi setiap rujukan yang berjaya dan lebih lagi apabila mereka mencadangkan lebih ramai pemohon pinjaman.

“Mereka yang berminat untuk memohon menjadi ‘referral affiliate’ program rujukan #DIRECTBANTU boleh mendaftar bermula 21 Oktober sehingga 26 Oktober ini menerusi laman web Direct Lending di www.directlending.com.my/direct-bantu dan isikan butiran peribadi serta maklumat lain yang diminta dalam borang.

“Pemohon-pemohon akan dihubungi dan diberikan pautan rujukan unik untuk dikongsi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd, Rafiza Ghazali mengucapkan tahniah kepada Direct Lending sebagai salah satu penerima dana Program Pelaburan Cradle 300 (CIP300) dan melihat pengenalan kepada program berkenaan sebagai langkah yang positif.

“#DIRECTBANTU merupakan sebuah usaha progresif dalam menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

“Sebagai salah sebuah graduan program CIP300, Direct Lending telah berkembang maju dan ianya adalah satu kebanggaan untuk melihat mereka memperkenalkan inisiatif seumpama #DIRECTBANTU bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Direct-Lending-DIRECTBANTU-Banner.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.