Program TUBE rekrut 400 usahawan muda negeri Perak

Misi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda di seluruh negara melalui Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) yang diperkenalkan sejak 2014 nampaknya semakin mendapat sambutan setelah penglibatan di beberapa buah negeri menunjukkan peningkatan angka.

Sebagai contoh, Perak kini melahirkan sejumlah 400 usahawan bumiputera baharu hasil
kecekapan mereka masing-masing memanfaatkan peluang kerjaya berbentuk perniagaan yang berada di bawah seliaan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp.) tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan
Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, program TUBE perlu dipertingkatkan dan diperluaskan lagi di dalam pelbagai bidang keusahawanan memandangkan ia berpotensi menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya menyeru golongan belia supaya mengambil kesempatan ini dengan mengikuti latihan dan mengetahui peluang perniagaan yang boleh diterokai untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

โ€œKita tiada masalah untuk membantu mereka dari aspek kewangan bagi mempromosikan produk keusahawanan keluaran mereka ke pameran antarabangsa,โ€ katanya kepada pemberita selepas merasmikan program TUBE anjuran SME Corp. di Hotel M Roof di sini baru-baru ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.