Program VIPP berpotensi lahirkan enam syarikat induk baharu

0
12

Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP) yang diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) diyakini mampu menambah jumlah 21 syarikat induk sedia ada dengan sasaran baharu sebanyak enam lagi pertambahan telah ditetapkan.

Timbalan Menteri MED, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md Ramli berkata, sasaran tersebut dilihat realistik berdasarkan keberkesanan VIPP dalam memperkasakan kerjasama strategik antara syarikat induk dengan vendor melibatkan dasar pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Dari segi pembangunan, kita banyak bergantung kepada syarikat (induk) baharu. Setiap syarikat induk ini akan ada vendor. Sebanyak enam syarikat (induk) baharu yang akan terlibat dan dimasukkan, malah akan ada lagi pertambahan.

“MED turut menyediakan platform kepada syarikat utama dan vendor untuk mengembangkan perniagaan secara potongan silang, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian makanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan VIPP di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Pada 2 Julai 2018 lepas, kerajaan telah menetapkan Program Pembangunan Vendor (PPV) dipindahkan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ke MED dengan peruntukan sebanyak RM61 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 bagi Geran Penyelidikan dan Pengkormesialan Vendor serta Program Pembangunan Kapasiti Vendor.

VIPP-MED-Foto-NiagaTimes.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.