PROTEGE ganti SL1M, tambah dua modul latihan keusahawanan baharu

0
29

Kementerian Pembangunan Usahawan telah melancarkan program ‘Professional Training & Education for Growing Entrepreneurs’ (PROTEGE) sebagai penambahbaikan kepada Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang ditubuhkan sejak 2011 dengan dua modul latihan baharu bercirikan keusahawanan diperkenalkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, dua modul latihan baharu keusahawanan itu merupakan sebahagian daripada tujuh modul latihan wajib PROTEGE ‘Ready-To-Work’ (RTW) yang akan diikuti pelatih selama lapan bulan hingga setahun.

“Sukacita juga saya mengumumkan bahawa PROTEGE mensasarkan penyertaan bukan sahaja kepada graduan malah turut membuka peluang kepada semua peringkat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pedalaman yang ingin mendapatkan latihan dalam bidang usahawan dan pekerjaan,” katanya pada Majlis Pelancaran PROTEGE di Kompleks Sukan Kelab Kilat, TNB Jalan Bangsar hari ini.

Tambah Redzuan, PROTEGE juga akan memperkemas kerjasama dengan agensi-agensi di bawah kementeriannya dalam pelaksanaan program-program yang telah diatur di samping membantu memberi kemudahan kepada para belia bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Redzuan Yusof ketika berucap pada majlis pelancaran PROTEGE.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.