Pusat Beli-Belah Toppen naik taraf akses, jambatan baharu bakal siap Januari 2021

Pusat Beli-Belah Toppen kini sedang menaik taraf akses dengan membina jejantas baharu sepanjang 86 meter yang akan menghubungkan Toppen dengan kawasan peruncitan berdekatan bagi memberikan kesenangan kepada semua pengunjung.

Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Toppen, Joakim Hogsander berkata, pihaknya komited dengan visi untuk menjadikan Toppen sebagai nadi dan hab komuniti di Johor Bahru dengan sentiasa mencari idea baharu bagi menambah baik akses di persekitaran kawasan mereka termasuk di Tebrau secara keseluruhannya.

โ€œDengan jumlah pengunjung dan penduduk yang tinggi di kawasan ini, kami menjangkakan jejantas ini akan memanfaatkan seluruh komuniti semasa berkunjung ke Toppen, IKEA Tebrau, AEON atau melintasi ke lokasi sebelahan.

โ€œIni adalalah inisiatif yang kami sumbangkan dan kami berharap ia dapat memberikan kemudahan kepada komuniti sebagai kemudahan awam demi masa depan yang lebih sihat dan selamat,โ€ katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memberikan kelulusan awal untuk membina jejantas yang akan menghubungkan hentian bas di Toppen kepada kawasan parkir luar AEON. Pembinaan jejantas telah dimulakan pada awal Ogos dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2021.

Jejantas berbumbung yang dibina merentasi Persiaran Bandar Desa Tebrau ini akan memudahkan pengguna dan pekerja dan memberi alternatif yang selamat untuk melintasi jalan raya yang sibuk.

-NIAGATIMES

Toppen-Johor.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.