Pusat borong usahawan bumiputera bakal dibuka bermula April 2021 di Kelantan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui TEKUN Nasional telah mengambil langkah proaktif dalam menangani isu pemasaran produk usahawan dengan mewujudkan kemudahan dan platform perniagaan kepada para usahawan.

MEDAC menjelaskan bahawa pewujudan hab pemborongan usahawan Bumiputera TEKUN Nasional di Platinum Mall Kota Bharu dijangka akan dapat menyokong pembangunan usahawan dalam meluaskan pasaran dan meningkatkan skala perniagaan.

โ€œHab pemborongan ini juga secara tidak langsung dapat menggalakkan ekonomi setempat serta memberi manfaat kepada usahawan di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak Utara,โ€ katanya.

Sementara itu, Menteri MEDAC Dauk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usahawan bumiputera akan ditempatkan di bawah satu bumbung bagi menjalankan perniagaan berkonsepkan pemborongan khususnya usahawan di Pantai Timur melalui Platinum Mall.

โ€œPlatinum Mall setinggi enam tingkat ini dengan keluasan 412,686 kaki persegi akan dapat menyediakan 1,700 lot kedai kepada usahawan khususnya usahawan pantai timur.

โ€œAdalah diharapkan Platinum Mall ini akan menjadi hab pemborongan yang terbesar di pantai timur seperti pusat pemborongan Kenanga di Kuala Lumpur dan GM Klang,โ€ ujarnya.

Usahawan yang telah menerima surat tawaran penyewaan boleh masuk ke ruang premis masing-masing mulai Mac 2021 bagi urusan persediaan pembukaan Platinum Mall pada April 2021.

Platinum Mall juga akan menjadi pusat jualan dan pasaran produk-produk usahawan TEKUN dan usahawan bumiputera yang lain. Antara produk yang akan dipasarkan adalah pakaian, barangan kesihatan, kelengkapan bayi dan kanak-kanak, kelengkapan rumah, aksesori wanita, gajet serta aksesori telefon bimbit, beg, kasut dan lain-lain.

-NIAGATIMES

Platinum-Mall-KB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.