Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) iaitu pusat kewangan global yang terkemuka di rantau Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan telah melaporkan prestasi tahunannya yang terbaik setakat ini.
DIFC mengukuhkan lagi profil globalnya dengan pertumbuhan yang kukuh selama setahun walaupun seluruh dunia menghadapi pandemik.
Pusat ini telah mencapai sasaran pertumbuhan Strategi 2024-nya pada separuh pertama tahun 2021, tiga tahun lebih awal daripada yang dijadualkan. DIFC mencatatkan 996 pendaftaran syarikat pada tahun lalu iaitu yang paling tinggi pernah direkodkan oleh Pusat tersebut dalam tempoh hanya setahun dengan peningkatan sebanyak 36 peratus berbanding tahun 2020.
Pertumbuhan bilangan pendaftaran syarikat tersebut melebihi tiga kali ganda berbanding bilangan purata dalam keseluruhan dekad yang lalu.
Jumlah bilangan firma berdaftar yang aktif beroperasi di DIFC telah meningkat sebanyak 25 peratus kepada 3,644 buah entiti berbanding 2,919 pada tahun 2020. Sejumlah 1,124 buah entiti berkaitan kewangan dan inovasi kini aktif dan beroperasi dalam DIFC yang menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus, berbanding 915 pada tahun 2020.
Antara 3,644 buah entitinya tersebut, DIFC memiliki 17 daripada 20 buah bank terbaik di dunia, 25 daripada 30 buah bank global terbaik di dunia yang penting secara sistemik, lima daripada 10 buah syarikat insurans terbaik, lima daripada 10 pengurus aset terbaik serta pelbagai firma perundingan dan guaman yang terkemuka di dunia.
Pertumbuhan ketara telah dicapai dalam pelbagai sektor perniagaan yang merangkumi perbankan, pasaran modal, pengurusan kekayaan dan aset serta perkhidmatan profesional. Peningkatan pesat dalam jumlah pelanggan baharu ini datangnya daripada sektor Teknologi Kewangan dan Inovasi.
Pada tahun 2021, pelanggan daripada sektor tersebut telah meningkat kepada 503 berbanding 303 pada tahun 2020.
Firma terkemuka yang menyertai DIFC pada tahun 2021 termasuk: Air Liquide Middle East & India Holding Limited, BentallGreenOak Advisors (UK) LLP, DP World Financial Services, Dual Corporate Risks Limited, General Reinsurance AG, Howden Insurance Brokers Limited, Hines, Mamopay, Richemont dan Thunderbird Global Innovation Center.
-PR NEWSWIRE