Pusat perdagangan produk pertanian tropika antarabangsa Hainan dilancarkan di Haikou

Pusat perdagangan bagi produk pertanian tropika antarabangsa Hainan telah dilancarkan di Haikou, ibu negara bagi Wilayah Hainan di Selatan China pada 18 Disember 2018 lepas.

Pada hari yang sama, indeks harga siri getah asli Xinhua-HSF telah dikeluarkan, yang terdiri daripada indeks harga susu getah pekat, indeks harga getah standard (TSR20), indeks harga getah bercampur (20#), dan indeks harga susu getah medan.

Siri indeks itu, yang dikumpulkan secara bersama oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di Agensi Berita Xinhua dan Hainan State Farms Investment Holdings Group Co., Ltd (HSF), adalah sistem indeks harga pertama China yang menggabungkan pengeluaran dan penjualan getah.

Pengeluaran indeks harga bersiri seperti itu dijangka akan terus meningkatkan populariti produk pertanian antarabangsa Hainan, seperti susu getah medan, di dalam negeri dan di luar negara, dan mengembangkan pengaruh antarabangsa bagi HSF.

Su Huizhi, naib presiden bagi CEIS berkata bahawa indeks harga siri getah asli merealisasikan gabungan data besar dan industri-industri yang berkaitan, yang akan secara beransur-ansur membentuk satu penanda aras nilai yang boleh dipercayai untuk getah asli dengan mengumpul dan memperhalusi sejumlah besar data pasaran untuk meningkatkan kecekapan dan kredibiliti urus niaga.

Pada masa ini, HSF telah mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang meluas dengan negara-negara di sepanjang laluan Belt and Road, termasuk Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja dan Sierra Leone, dan menjadi syarikat multinasional pertama di dunia dengan kawasan terbesar bagi penanaman getah dan volum perdagangan. Setakat ini pada tahun 2018, pendapatannya di luar negara telah menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

Yang Sitao, Pengerusi HSF berkata bahawa pusat perdagangan untuk produk pertanian tropika antarabangsa Hainan akan terus mempertingkatkan mekanisme perdagangan, mengukuhkan pembinaan platform digital, dan mengoptimumkan cara perkhidmatan, agar dapat memperkenalkan lebih banyak produk pertanian tropika dari Hainan dan negara-negara luar negara ke platform untuk perdagangan. – BERNAMA

Trading center for Hainan international tropical agricultural products.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.