Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Biro
Perdagangan Yiwu telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Pembeli Malaysia yang akan
berkelana di bumi China pada 11 hingga 13 November depan.
Sejumlah 100 syarikat milik usahawan tempatan dijangka mengambil bahagian di bawah Pusat Perkhidmatan Pembeli Malaysia tersebut dalam misi memasarkan produk masing-masing di Yiwu bagi meningkatkan lagi peluang eksport keluaran Malaysia menempa nama ke peringkat antarabangsa.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, peluang
sebegini wajar dimanfaatkan usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan kerana pusat borong Yiwu yang terletak di wilayah Zhejiang itu sangat terkenal sebagai salah sebuah pasaran eksport terkemuka di dunia.
โSebanyak 500,000 syarikat asing di seluruh dunia datang ke Yiwu dengan eksport barangan harian di sana mencecah lebih 800 kontena untuk dipasarkan lebih daripada 210 negara.
Disebabkan itu, usahawan tempatan bukan sahaja berpeluang meneroka populasi besar di China malah juga berpeluang menjual produk mereka ke seluruh dunia,โ katanya pada sidang akhbar di Menara Matrade, semalam.