QEW Group sedia labur dalam FOC menara telekomunikasi dan khidmat jalur lebar

Pengalaman internet semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuktikan bahawa pentingnya penyambungan rangkaian untuk perkhidmatan dalam talian dan juga keperluan e-dagang.

Ini juga membuktikan bahawa rangkaian semasa untuk kebanyakan perkhidmatan selular dan jalur lebar tidak mencukupi untuk mendukung tuntutan di seluruh negara, baik di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Banyak penambahbaikan yang masih diharapkan oleh penduduk secara besar-besaran seperti yang diperlukan oleh pengawal selia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebahagian besar menara telekomunikasi semasa di kawasan pinggir bandar masih saling berkaitan hanya dengan pautan gelombang mikro – direka untuk perkhidmatan 3G dengan kelajuan ‘backhaul’ lebar jalur yang terhad.

Sebilangan besar menara milik syarikat sokongan negara menara telekomunikasi (SBC) juga masih belum tersedia, terutama kawasan di luar Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Justeru itu, Pengarah Pelaburan QEW Group Berhad, Saiful Asrul berkata, pihaknya melihat peluang untuk melabur dalam projek kabel dan menara yang berkaitan dengan Rangkaian Kabel Fiber Optik (FOC) terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan dengan menggunakan instrument Pelaburan Redeemable Preference Shares Islamic (RPS-I) yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC), boleh direalisasikan.

“Oleh kerana kebanyakan kawasan di negeri-negeri tersebut mempunyai sambungan jaringan internet yang lemah, baik melalui internet mudah alih atau jalur lebar tetap, membolehkan mereka menggunakan rangkaian FOC adalah peluang pelaburan untuk membantu mempermudah pengembangan inisiatif pemerintah JENDELA dan Rancangan Digital Nasional.

“Sebahagian daripadanya adalah melalui inisiatif dana swasta (PFI) dan beberapa dari dana USP MCMC (Universal Service Provision Fund),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Saiful, kelajuan ‘backhaul’ sekurang-kurangnya 10 Gbps per stesen pangkalan diperlukan dalam waktu terdekat berdasarkan evolusi 5G seterusnya di kawasan bandar yang akan berlaku dalam dua tahun.

“Oleh itu, pelaburan dalam penyedia rangkaian ‘telco-neutral’ dengan lesen SKMM yang diperlukan akan membolehkan kami memanfaatkan peluang yang banyak dengan evolusi industri berkaitan internet yang pesat.

“Kehadiran mantan Ketua Pegawai Operasi Telekom Malaysia yang juga pernah mengemudi TIME dotCom Berhad, Datuk Baharum Salleh dalam syarikat sebagai penasihat utama, mengukuhkan lagi kedudukan struktur korporat syarikat,” ujarnya.

-NIAGATIMES

QEW-telco.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.