Penyedia perkhidmatan awan gred perusahaan QingCloud baru-baru ini mengumumkan strategi pengembangannya ke pasaran-pasaran global, dengan Jakarta, Indonesia sebagai hentian pertama.
Dari pangkalan operasi pertama di luar pasaran asal ini, QingCloud akan menawarkan teknologi awan dan keupayaan perkhidmatan yang terkemuka di dunia kepada syarikat-syarikat di seluruh Asia Tenggara, memacu pembangunan pesat mereka di kawasan setempat dan seluruh dunia.
Sebagai pendorong bagi transformasi digital tahap perusahaan, QingCloud menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai industri, termasuk kewangan, penjagaan kesihatan, pembuatan, kerajaan dan tenaga selain sektor-sektor pengajian tinggi dan internet baru muncul, setelah mengumpul pengalaman yang beraneka dalam amalan dan khidmat pelanggan.
QingCloud memilih untuk berganding bahu dengan pengendali utama Indonesia bagi menjamin liputan keseluruhan selain menghubungkan kepada semua talian luar negara. Kemudahan ini menyokong pelaksanaan digital di Asia Tenggara dan seluruh dunia dengan infrastruktur baharu, hos baharu dan penyelesaian sambungan baharu yang dapat memenuhi keperluan syarikat-syarikat tempatan tatkala mereka menerima inovasi dan mempercepatkan transformasi mereka.
QingCloud merancang untuk terus berkembang ke Asia Tenggara, di samping membuka pasaran-pasaran baharu di seluruh dunia dengan India, Afrika dan Amerika Selatan sebagai sasaran seterusnya dalam hala tuju mereka. Syarikat ini akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi menggalakkan inovasi teknologi dan pembangunan mampan ekonomi digital.
-PR NEWSWIRE