Quectel perkenal modul automotif baharu pacu industri auto ke arah 5G

Quectel Wireless Solutions, pembekal global yang terkemuka bagi modul selular dan GNSS, hari ini mengumumkan siri modul komunikasi baharu yang menyasarkan sektor kereta terhubung 5G di CES 2020. Modul gred-automotif baharu daripada Quectel termasuk AG550Q, modul Sub-6GHz Radio Baharu 5G (NR 5G) baharu, modul EAP automotif AG215S, dikhususkan untuk senario C-V2X dan modul Wi-Fi AF50T.

Ketiga-tiga modul ini adalah berasaskan Penyelesaian Tanpa Wayar Automotif Qualcomm daripada Qualcomm Technologies, Inc., subsidiari Qualcomm Incorporated. Ia direka bentuk bagi menyediakan ketersambungan awan berbilang gigabit, perkhidmatan lokasi yang lebih baik dan keselamatan yang dipertingkat bagi menyokong peningkatan keperluan kereta terhubung dan keadaan penggunaan pemanduan berautonomi.

Mengguna pakai teknologi 3GPP Rel. 15, AG550Q menyokong kelajuan tinggi dan kependaman ultra rendah bagi memudahkan keselamatan yang lebih baik dan kualiti perkhidmatan untuk perkhidmatan misi kritikal. Modul NR 5G berbilang mod bersifat serasi ke belakang dengan teknologi 4G, 3G dan 2G sedia ada. Ini memastikan agar kereta akan kekal terhubung tanpa mengira di mana ia bergerak dalam rangkaian berkenaan.

Modul AG550Q Quectel menawarkan ciri-ciri Keselamatan Siber hebat, yang melibatkan but selamat perisian tegar, Persekitaran Pelaksanaan Dipercayai (TEE), tembok api rangkaian, kawalan akses kukuh SELinux, protokol keselamatan TLS/SSL dan banyak lagi.

Modul AG550Q kini berada dalam peringkat sampel kejuruteraan manakala AG215S akan membuat pensampelan bermula pada Januari 2020. Ketiga-tiga modul tersebut akan dipamerkan semasa CES di reruai No. 2601 Quectel.

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.