Resort mewah baharu di Jepun akan dibuka pada tahun 2023

New World Hotels & Resorts telah dilantik oleh firma hartanah dan pembangunan yang berpusat di Hong Kong, La Plume Niseko Resort TMK untuk menguruskan New World La Plume Niseko Resort, sebuah resort mewah baharu di Jepun yang akan dibuka pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Hotel Rosewood, Sonia Cheng berkata, Jepun mempunyai budaya yang begitu hebat dan telah lama menjadi sebuah destinasi yang menarik untuk New World Hotels & Resorts, terutama dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika pihaknya terus membangunkan jenama itu di seluruh Asia.

“Satu daripada destinasi ski utama di dunia dan yang terbesar di benua itu, Niseko dihargai kerana penawarannya yang kaya, landskap yang menawan dan kepelbagaian aktiviti.

“Kami amat teruja untuk membawa satu standard baharu bagi kemewahan dan perkhidmatan kepada rantau itu dan berterima kasih kepada rakan-rakan kami di La Plume Niseko Resort TMK di atas peluang yang mereka berikan kepada kami untuk melakukannya,” katanya.

Menduduki kawasan seluas hampir sembilan ekar di dalam kawasan hutan yang merimbun di antara Gunung Yotei dan Gunung Annupuri di Hokkaido, New World La Plume Niseko Resort akan menawarkan kepada pelancong dengan akses yang tiada tandingan bagi pengalaman luar seperti bermain ski, golf serta restoran dan kedai-kedai terkenal di Perkampungan Niseko yang berdekatan.

Apabila siap nanti, resort itu akan mempunyai 219 bilik tamu dan 5 vila, bersederhana dan moden dalam gayanya, setiap satu dengan dapur atau dapur kecil untuk menawarkan suasana rumah yang sebenar.

Satu daripada tarikan utama bagi resort itu terdapat di tingkat ke-10, yang akan menawarkan satu dek luaran yang menawarkan pemandangan panoramik bagi landskap dan lengkap dengan sebuah kolam renang, gim, kemudahan Onsen dalaman dan luaran.

New World La Plume Niseko Resort akan menyertai koleksi hartanah New World yang unggul di seluruh Asia.

Projek tambahan di dalam pembangunan di rantau itu termasuk New World Jaipur Resort (India), New World Hoiana Hotel (Vietnam), New World Nha Trang Hotel (Vietnam) dan New World Phu Quoc Resort (Vietnam).

-NIAGATIMES

NW-Niseko-Banner.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.