Ria Money Transfer, Pos Malaysia kukuh kerjasama strategi digital perkhidmatan pos

Peneraju global dalam industri pemindahan wang merentasi sempadan, Ria Money Transfer serta pengendali perkhidmatan pos dan kiriman cepat terbesar di Malaysia, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan kerjasama pengumpulan tunai baharu yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang dan pembayaran antarabangsa yang mudah kepada pelanggan di semua outlet Pos Malaysia di seluruh negara.

Melalui kerjasama ini, kini pelanggan akan dapat memulakan pemindahan mereka melalui aplikasi pemindahan wang terkemuka Ria dan melengkapkan proses dengan membayar secara tunai di mana-mana outlet Pos Malaysia tanpa perlu melengkapkan borang fizikal, sekaligus membolehkan pemindahan segera di kaunter.

Ria Money Transfer dalam kenyataan berkata, pelanggan terutamanya daripada komuniti migran di Malaysia kini mempunyai pilihan tambahan dan pilihan pembayaran yang akan melalui proses pemindahan wang antarabangsa dengan lebih pantas, lebih mudah dan menjimatkan.

“Selain itu, pemudahan pembayaran digital kepada pelanggan Ria menggalakkan keterangkuman kewangan yang membolehkan pelanggan melihat dan mengunci kadar yang menguntungkan dalam masa nyata dari rumah selain menjimatkan masa di kaunter,” katanya.

Malaysia merupakan salah sebuah negara dengan perkhidmatan penghantaran terbaik ke Indonesia yang selaras dengan kerjasama Ria bersama Pos Indonesia yang diumumkan baru-baru ini.

Kerjasama ini juga mewakili komitmen Ria terhadap komuniti serantau dan sokongan yang ditawarkan kepada organisasi rakan kerjasama melalui promosi kemudahan pemindahan dan membuka kunci peluang nilai tambah.

-NIAGATIMES

Ria-Money.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.