Rice Bowl perkukuh ekonomi dan keusahawanan ASEAN

0
19

Yayasan Usahawana Baru (myNEF) berharap penganjuran Persidangan Rice Bowl Malaysia dan Anugerah Rice Bowl Startup ASEAN yang diadakan pada tahun ini mampu memperkukuhkan ekonomi dan keusahawanan melibatkan syarikat permulaan antara Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Pengerusi Anugerah Rice Bowl Startup ASEAN dan myNEF, Hamdi Mokhtar berkata, keberadaan syarikat-syarikat permulaan di rantau ini yang giat melaksanakan inovasi masing-masing diibaratkan seperti ‘rice bowl’ (mangkuk nasi) yang menjana pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara dan berupaya menjadi sumber mata pencarian ASEAN untuk generasi akan datang.

“Kami menghormati, meraikan inovasi dan semangat keusahawanan syarikat-syarikat permulaan ini terutamanya keberanian, kecekalan, kerja keras dan semangat waja mereka yang membantu memperkasakan ekonomi serta kekayaan rantau ini.

“Kami menerima lebih daripada 3,000 pencalonan tahun ini daripada seluruh pelosok Asia Tenggara dan ia adalah peningkatan sebanyak 60 peratus daripada tahun lepas. Syarikat-syarikat permulaan ini datang daripada pelbagai industri dan latar belakang yang ghairah untuk menempa kejayaan buat syarikat mereka,” katanya sewaktu berucap pada majlis Anugerah Rice Bowl Startup Malaysia di Oasis Damansara, semalam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof.

Malaysia-Rice-Bowl-Startup-Awards-2019-Winners.JPG

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.