Richworks komited bantu usahawan ketika lanjutan ‘total lockdown’

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) meneruskan sesi latihan dan bimbingan secara percuma setiap malam sepanjang tempoh lanjutan ‘total lockdown’ yang bermula 15 hingga 28 Jun ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd, inisiatif tersebut diteruskan selepas Pengasas, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkongsikan ilmu dan kunci penting selama 12 hari bagi menyediakan usahawan dalam tempoh mencabar ini.

Katanya, lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan kerajaan menggariskan empat fasa bagi pembukaan sepenuhnya yang akan mengambil masa hingga akhir tahun ini sebenarnya memberi kesan kepada semua tahap usahawan.

“RichWorks International mahu terus menyokong usahawan termasuk orang ramai untuk melihat peluang baru bukan saja dapat jana pendapatan dan bertahan malah menyaksikan peningkatan bisnes melalui ilmu, strategi yang terbukti berjaya.

“Bayangkan ketika sesi, sudah ada usahawan mendapat manfaat luar biasa hingga ada seorang usahawan dikenali sebagai Khairul yang jualan bisnes jatuh sekitar 80 peratus sejak tiga bulan lalu berjaya muktamadkan kontrak jualan RM43,000,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu Radz memberitahu, pada minggu ini RichWorks akan membawakan pula program percuma selama tiga hari, Zero Kos Marketing dan Workshop Kuasai Social Media yang sangat penting pada masa ini.

“Semuanya 100 peratus percuma, 100 peratus kebajikan selari dengan perjuangan 13 tahun RichWorks bagi membantu seberapa ramai usahawan dan orang yang mahu menyaksikan perubahan dan kejayaan bisnes.

“Ilmu, strategi dan panduan diberikan ini sudah terbukti berkesan dan mengubah keadaan ramai usahawan yang melakukan tindakan selepas itu,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut dan info program keusahawanan percuma, usahawan dan orang ramai boleh ke akaun Telegram, Azizan Osman Official.

-NIAGATIMES

Azizan-Osman.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.