Richworks perkenal Digital Marketing World 2022

RichWorks International Sdn. Bhd. melancarkan program terbaru, Digital Marketing World 2022 (DMW) dalam menyokong bisnes online dan pemasaran digital usahawan-usahawan agar terus berdaya saing di masa ini malah masa depan.

Pengerusi RichWorks dan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, program terbaru tersebut akan menyediakan usahawan mahupun bakal usahawan untuk ‘menang’ dalam pandemik ini.

Katanya, RichWorks berkolaborasi dengan pakar bertaraf dunia yang telah melatih lebih 50 Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) teratas mengenai pemasaran digital dan bisnes online.

“DMW 2022 ini akan dibawa bersama program integrasi pemasaran untuk melatih dan bimbing usahawan dan bakal usahawan selama 22 hari sepanjang 6 bulan bermula September 2021 hingga Februari tahun depan.

“Kita perlu tukar mentaliti tentang online dan digital ini. Mereka di luar sana seperti jenama dilahirkan dari RichWorks, Nurraysa sanggup melabur lebih RM100,000 dalam pembelajaran dan platform digital sebelum ini dan kini mendapatkan hasil jualan hingga jutaan ringgit walaupun pandemik,” katanya dalam satu kenyataan.

Program DMW memenuhi keperluan usahawan dalam pemasaran digital bagi memastikan mereka terus kekal kompetitif dan mampu berkembang pada 2022.

DMW 2022 akan dikendalikan oleh pakar pemasaran digital yang diiktiraf dan berpengalaman melatih pengurusan tertinggi syarikat-syarikat malah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang RichWorks jemput.

Tambahnya, usahawan perlu tingkatkan keberadaan online mereka menggunakan platform seperti enjin carian (Google), media sosial (Facebook, Instagram, TikTok, YouTube), komunikasi (WhatsApp, Messenger, Telegram), e-dagang dan e-mel pemasaran.

“Peserta nanti akan dilatih penggunaan pemasaran digital terkini bagi mencapai perkembangan dalam perniagaan dengan ilmu, teknik dan strategi terkini yang berkesan.

“Mereka juga akan dipersiapkan dengan panduan dan ‘peralatan’ untuk menyokong perniagaan mereka seperti penyediaan rancangan pemasaran digital 2022 yang lengkap,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Kredit-foto-RichWorks.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.