RIDP lonjak potensi PKS industri rel

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) komited kerjasama melalui Program Pembangunan Industri Rel (RIDP) yang dijalankan kedua-dua kementerian kelak berupaya meningkatkan keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berpertumbuhan tinggi di dalam sektor rel.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, MEDAC dan MOT memaklumkan bahawa program di bawah seliaan agensi mereka iaitu SME Corporation Malaysia (SME Corp), Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) dan Agensi Depositori Teknologi (TDA) itu akan berpandukan tiga objektif strategik.

โ€œProgram RIDP menyasarkan untuk menambahkan bilangan syarikat pertumbuhan tinggi dan inovatif di dalam industri rel, meningkatkan produktiviti dan kualiti PKS di dalam industri rel serta memperluaskan penglibatan PKS tempatan di dalam rantaian bekalan rel domestik dan antarabangsa,โ€ katanya.

Sementara itu, Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, industri rel telah dikenal pasti di bawah Dasar Keusahawanan Negara 2030 di dalam memacu PKS berteraskan inovasi dan berpertumbuhan tinggi.

โ€œPKS terpilih di bawah program ini akan melalui aktiviti pembangunan kapasiti serta layak mendapat bantuan kewangan sehingga RM500,000 dalam bentuk geran padanan bagi aktiviti transformasi yang merangkumi standard dan pensijilan, adaptasi teknologi baharu dan strategi pemasaran menembusi rantaia bekalan global,โ€ katanya.

Menteri MOT, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pula menyatakan, NRCOE sebagai pusat penyelaras di peringkat nasional akan memastikan pembangunan bakat tempatan profesional, mahir dan separa mahir dalam bidang rel, menambah baik piawaian dan jaminan kualiti untuk industri rel serta menyelaras kajian dan penyelidikan teknologi rel agar seiring dengan dasar pengangkutan negara dan keperluan industri.

โ€œDi bawah program ini, syarikat akan dibimbing untuk meningkatkan keupayaan dan keboleh pasaran seterusnya meningkatkan peratusan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 45 peratus dalam beberapa komponen yang telah dikenal pasti menjelang tahun 2030,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

MEDAC-MOT.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.