RM9.6 juta potensi jualan PKS dengan pembaharuan MoU Malaysia, Turkiye

SME Corp Malaysia (SME Corp) mencatatkan satu lagi pencapaian yang membanggakan melalui pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Small and Medium Enterprise Development Organisation of Turkiye (KOSGEB), baru-baru ini.

Pembaharuan MoU tersebut juga diperkukuh dengan pengumuman ‘Global Be-Linked’, iaitu inisiatif padanan perniagaan khusus untuk PMKS Malaysia dengan PMKS dari luar negara seperti Turkiye.

Melalui penyertaan 12 firma dari Turkiye dan 37 PMKS dari Malaysia, sebanyak 42 sesi padanan perniagaan telah berjaya dilaksanakan yang menghasilkan potensi jualan bernilai hampir RM9.6 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy, pihaknya bersedia untuk meneruskan komitmen dalam pembangunan PMKS di peringkat antarabangsa yang diterajui bersama oleh Malaysia dan Turkiye.

โ€œMisi yang dijalinkan adalah jelas iaitu mengukuhkan ikatan hubungan kedua-dua belah pihak, menerajui pembangunan PMKS, dan memanfaatkan potensi besar kepentingan bersama sedia ada,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Majlis ini dihadiri tetamu kenamaan termasuklah Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel dan Naib Presiden KOSGEB, Dr. Fatih Gรถkyurt.

Kerjasama antara kedua-dua belah pihak ini telahpun bermula sejak MoU pertama dimeterai pada 22 Februari 2011 dan telah diperbaharui pada tahun 2017.

Mesyuarat di antara komuniti perniagaan Malaysia dan Turkiye merentasi beberapa sektor penting termasuklah makanan dan minuman, industri halal serta juga elektrik dan elektronik (E&E) yang berlandaskan kejayaan usahasama terdahulu.

Misi eksplorasi perdagangan ke Istanbul dan Sakarya pada bulan Februari 2023 yang diketuai oleh SME Corp dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI) serta disokong oleh KOSGEB, telah berjaya menjana jumlah nilai dagangan hampir RM1.1 bilion.

-NIAGATIMES

kredit-foto-SME-Corp.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.