Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dengan norma baharu melalui dua program bimbingan iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board).
RM9.8 Juta peningkatan hasil jualan serta 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Menurut Menteri MEDAC, Tan Sri Noh Omar, INSKEN sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik kini dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu.
โUsahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik,โ katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambah Noh, usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan ia bukanlah penghalang untuk terus maju ke hadapan.
295 peserta Program IBBC yang telah tamat bimbingan secara โone-on-oneโ selama empat bulan merupakan usahawan daripada industri Postnatal Care, Cafe & Restaurant, Bakeri, Jualan Pasaraya, Jahitan dan Ecotourism.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, menzahirkan rasa gembiranya melihat pencapaian ini dan juga kesesuaian usahawan menjalankan perniagaan seiring dengan norma baharu.
โkejayaan tidak akan hadir dalam sekelip mata. Walaupun mengambil sedikit masa bagi membantu usahawan meningkatkan hasil jualan, namun pencapaian cemerlang seperti inilah yang dinantikan untuk diraikan bersama usahawan.
โOleh itu, INSKEN akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalui dua program ini yang masih lagi diteruskan pada tahun 2022,โ ujarnya.
Secara keseluruhan, INSKEN telah melaksanakan 31 Program IBBC dan 10 kohort Program E-Board pada tahun 2021.
Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.
-NIAGATIMES