RoboMarkets Group (RoboMarkets) telah menubuhkan bank untuk para pelanggan Asia dengan ibu pejabat yang terletak di Financial Park Complex, Labuan.
RM Investment Bank ialah sebuah bank pelaburan yang beroperasi di bawah lesen Labuan FSA bernombor 210138BI. RM Investment Bank Ltd merupakan ahli RoboMarkets Group yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pelaburan kepada pelanggan dari negara-negara Asia.
RM Investment Bank menawarkan pelanggan dan rakan kongsinya 7 jenis aset dan lebih 10,000 instrumen perdagangan, 5 jenis akaun dengan syarat-syarat perdagangan yang kompetitif, platform pelaburan tercanggih serta program Affiliate pelbagai peringkat.
Pada Ogos 2019, RoboMarkets Asia telah membuka sebuah ibu pejabat serantau di Malaysia dan memperoleh lesen dari Labuan yang membolehkannya menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan Asia.
Sejak itu, perniagaan syarikat tersebut telah berkembang dengan ketara dan bertambah baik.Pemerolehan lesen dan permulaan RM Investment Bank adalah langkah seterusnya dalam pembangunan syarikat tersebut.
-NIAGATIMES