Setiap kejayaan pasti akan ada kisah sedih di sebalik kejayaan mereka. Begitu juga dengan pemilik nama Mohamad Khawarizmi bin Noor Rizan atau lebih dikenali dengan gelaran Sam Anderson.
Seorang anak muda yang dilahirkan pada tahun 1996 dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang terpaksa melalui fasa penceraian ibu bapa dan bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang berada. Setiap liku yang dilalui dihadapi dengan penuh rasa bersabar bahawa kejayaan pasti akan datang sekiranya terus berusaha.
Memulakan perniagaan dengan menjadi seorang โdropshipโ pada produk luar dari tahun 2010, jatuh bangun adalah ibarat luka kecil yang meninggalkn parut agar tidak mengulangi kesalahan yang sama bagi dirinya. Kemuncak jalan pada tahun 2020 yang mana lahirlah produk SA Make It Glam yang telah memberi pancaran kejayaan kepada Sam.
Berpaksikan pada satu objektif untuk membantu lebih ramai orang di luar dan berpegang pada konsep โMemberi dan Menerimaโ, maka SA Make It Glam telah meletakkan produk penjagaan diri sebagai taruhan.
SA Make It Glam telah melancarkan pelbagai produk penjagaan diri seperti Renewing Treatment Essence (RTE) , SA Soap dan Extreme Glow.
Produk-produk yang dihasilkan adalah menggunakan insipirasi dari Tembikai Susu yang juga mempunyai banyak kelebihan kepada setiap pengguna. Produk-produk ini juga telah mendapat kelulusan dari pihak berwajib untuk dipasarkan.
Melalui rangkaian produk penjagaan diri, SA Make It Glam telah banyak membantu mereka di luar sana menghadapi era pandemik dengan menyediakan platform untuk mereka menjana pendapatan tanpa sempadan.
Setiap individu yang menyertai legasi SA Make It Glam akan diasuh dan diajar tentang dunia keusahawan agar mereka tidak terkapai-kapai umpama meneraju kapal tanpa nakhoda. Pelbagai kelas diberikan tidak kira dari segi teknik pemasaran, kerohanian dan kewangan diberikan kepada anak-anak legasi agar mereka tidak sesat di pertengahan jalan.
Bukan itu sahaja, pengasas inj juga akan turut memantau perkembangan anak-anak legasi agar mereka tidak salah memilih langkah di dalam setiap percaturan yang telah dipilih.
Bagi Sam, sekiranya beliau mampu berjaya, orang lain juga mampu melakukanya. Tiada yang mustahil melainkan tanpa keinginan. Sentiasa berusaha dan berdoa agat dipermudahkan segala urusan. Jangan mengalah sebelum tiba di garisan penamat.
Di samping itu, SA Make It Glam turut melancarkan satu program kemasyarakatan, SA Prihatin yang mana ianya fokus kepada program kebajikan atau infaq kepada mereka yang memerlukan terutama dalam musim pandemik ini.
Aktiviti ini turut diterapkan kepada ahli-ahli legasi agar mereka sentiasa ingat bahawa walau setinggi mana mereka terbang masih ada yang di bawah yang perlu dibantu.
Setiap rezeki yang diperolehi mungkin terdapat rezeki orang lain yang terselit. Itu juga konsep yang dipegang oleh Sam untuk mendapat keberkatan di dalam setiap rezekinya. Selain dari infaq, zakat juga adalah satu kemestian buat dirinya dalam perniagaan.
Justeru, dia berpendapat bahawa bukan mudah untuk senang tapi ianya amat mudah untuk jatuh.
โYang pasti, kejayaan adalah tiada batasan selagi kita punya impian dan usaha. Kejayaan juga adalah satu proses dan proses ini memerlukan komitmen. Akan datang pelbagai lagi yang diinovasikan dan pelbagai peluang menjana pendapatan lagi yang akan dibuka. Nantikan,โ katanya.
-NIAGATIMES