Salur RM200 juta melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperkenalkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) bagi menyalurkan peruntukan RM200 juta di bawah PRIHATIN PKS yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, skim tanpa caj tersebut yang akan diselia oleh agensi kementerian iaitu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) merupakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan mikro untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada yang terjejas.

โ€œSkim CBRM ini terbuka kepada semua sektor perniagaan dengan tempoh bayaran balik maksima sehingga tiga tahun dan usahawan juga akan diberi penangguhan bayaran balik selama enam bulan.

โ€œUsahawan yang disenarai hitam juga boleh dipertimbangkan permohonan namun tertakluk mengikut kes,โ€ katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Usahawan boleh membuat permohonan dengan mengisi โ€˜Google formโ€™ di pautan https://tinyurl.com/PermohonanCBRM atau layari laman web rasmi TEKUN Nasional di www.tekun. gov.my.

Seramai 33,000 usahawan mikro disasarkan bakal mendapat manfaat daripada skim CBRM ini dengan nilai maksimum pembiayaan ialah sehingga RM10,000.

Wan-Junaidi-TEKUN.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.