Sasaran 100,000 usahawan MARA menjelang 2019

Bilangan usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negara berjumlah 83,000 orang ketika ini disasarkan akan mengalami peningkatan menjadi 100,000 orang menjelang tahun hadapan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementeriannya bercadang melaksanakan program pemasaran khusus melibatkan usahawan berjaya bersama-sama usahawan kecil untuk saling bertukar pendapat serta pengalaman bagi merealisasikan sasaran tersebut.

โ€œKita bukan sekadar mahu menambah bilangan usahawan tetapi yang apa yang lebih penting adalah kelompok ini mampu bertahan dalam perniagaan masing-masing, berdaya saing, mempunyai kebolehpasaran produk dan memiliki premis perniagaan sendiri.

“Justeru itu kita akan perhalusi perkara ini bersama-sama kerjasama agensi yang berkaitan dengan menjadikan usahawan yang telah berjaya sebagai mentor kepada peniaga kecil-kecilan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Kawasan Industri Mara (KIM) Pengkalan Chepa Kelantan, semalam.

rinaharun.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.