SATU JENAMA SATU FORMULA DI NM COSMEX VENTURES

NM Cosmex Ventures adalah sebuah syarikat pembuatan kosmetik yang dimiliki oleh 100 peratus Bumiputera dan telah berkecimpung dalam bidang perniagaan tempatan sejak tahun 2015. Meskipun hanya bermula dengan dua orang pekerja, syarikat ini sentiasa beriltizam untuk maju ke tahap yang lebih baik dengan kini menambah kakitangannya seramai 28 orang.

โ€œWalaupun terdapat pelbagai syarikat yang turut terlibat di dalam bidang ini, tetapi apa yang membezakan kami di NM Cosmex Ventures adalah akan sentiasa memberi kualiti servis dan produk yang terbaik kepada para pelanggan di samping mengutamakan kejujuran sebagai nilai etika yang utama,โ€ jelas Pengasasnya, Anne Munir.

Meskipun berdepan dengan tempoh getir pandemik Covid 19, NM Cosmex Ventures terus mendapat sokongan dan tempahan dari pelanggan. Bahkan bagi Anne sendiri, dia sentiasa mengadaptasi ilmu-ilmu perniagaan yang kompetitif dan memberi signifikan kepada perniagaan.

โ€œSyarikat kami juga amat berdedikasi dan bertanggungjawab dalam menyediakan produk yang terbaik, berkualiti untuk kepuasan para pelanggan. Kami di NM Cosmex Ventures percaya kemampuan untuk berkembang dengan maju dan terus memenuhi permintaan pelanggan,โ€ katanya.

Anne mengambil inisiatif dengan menyertai bengkel kosmetik di luar negara seperti Making Cosmetics Amerika Syarikat dan Formula Botanica Australia. Dari situlah dia cekap memasarkan produk secara atas talian dan menawarkan produk untuk dijenamakan dengan menjadi ejen kilang-kilang kosmetik dan menjual produk penjagaan kulit organik seperti sabun, krim dan losyen.

โ€œSaya mula menyewa premis untuk dijadikan โ€˜showroomโ€™ bermula di Melaka dan seterusnya berhijrah ke Selangor. Produk kian mendapat sambutan dan selepas syarikat kami mendapat kepercayaan pelanggan, saya telah menyewa sebuah premis di kawasan perindustrian untuk melancarkan pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan tempahan pada skala yang tinggi,โ€ ujarnya.

Menurut Anne, syarikatnya tidaklah fokus terhadap pembuatan kosmetik semata-mata. Sebaliknya khidmat yang ditawarkan khusus untuk pengasas produk kecantikan dan kilang kosmetik lain adalah menyeluruh seperti memformulasi produk baru, menawarkan proses pengilangan untuk produk kosmetik, membekalkan bahan mentah, menawarkan khidmat fotografi produk, menawarkan khidmat konsultasi dan pemasaran produk.

โ€œProduk yang terdapat di kilang kami ialah pelbagai produk solekan kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan badan, penjagaan ibu dan bayi. Kami akan memberi konsultasi secara percuma untuk pelanggan dari segi pemilihan produk, cara memasarkan produk dan ada servis pengiraan kos buat pelanggan. Kami amat mementingkan kualiti untuk setiap produk di mana kebanyakan bahan mentah diimport dari Amerika Syarikat, Jepun, Itali, Perancis dan Korea,โ€ katanya.

Usahawan muda ini akui dirinya pernah menangis dan hampir berputus asa di dalam perniagaan. Namun dia akhirnya menerima hakikat cabaran perniagaan boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk bersangka baik dengan Tuhan bahawa impian yang besar akan diberikan pelbagai ujian untuk kekuatan mental.

โ€œDari ujian inilah menambah kekuatan saya untuk cabaran masa akan datang. Saya juga bersyukur masih ada pekerja yang setia yang menjadi tulang belakang syarikat dan berjanji akan menjaga kebajikan mereka selama mana mereka bekerja dengan syarikat.

โ€œSelain itu, saya beruntung keluarga dan sahabat pula sangat menyokong dan terus mendoakan. Dalam hidup saya, saya sentiasa berpegang teguh untuk bersangka baik dengan ujian daripada Tuhan yang sentiasa ada hikmah. Boleh jadi sesuatu yang hilang atau pergi tidak baik untuk saya. Hidup sebagai manusia kan tidak akan putus dengan ujian?โ€ ujarnya sambil tersenyum.

Anne bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan kerana dalam tempoh setahun mengerah keringat, dia kini bergelar jutawan. Namun dalam kesibukan menguruskan perniagaan, dia tidak lupa tanggungjawab untuk menguruskan ibu yang strok dan mengalami masalah lupa (dementia).

Untuk berjaya dalam bisnes, dia menyarankan usahawan-usahawan lain supaya tidak terlalu memikirkan keuntungan semata-mata. Pelanggan-pelanggan NM Cosmex Ventures antara yang sering dinasihati untuk tidak terburu-buru memulakan produk jenama sendiri mereka.

โ€œMereka haruslah ada pelan atau rancangan perniagaan yang baik terlebih dahulu. Contohnya mereka perlu tahu nak buat produk apa, jual pada siapa. Selain itu, saya akan memberikan ilmu tentang kosmetik dari segi kimia kerana saya juga melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di dalam kosmetik.

โ€œSatu jenama satu formula. Ini slogan syarikat yang saya sentiasa pegang. Saya letakkan diri saya sebagai pengguna. Saya juga tidak suka produk kecantikan yang harga mahal tapi formula sama dengan produk yang dijual harga rendah. Oleh itu, kami akan menformulasi produk pelanggan berdasarkan fungsi yang diminta,โ€ katanya.

Anne berazam untuk membawa NM Cosmex sebagai kilang kosmetik nombor satu di Malaysia. Malah, dia turut mahu menembusi pasaran dunia dan menetapkan sasaran untuk bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi membina satu akademi pengajian khas dan menyeluruh untuk kosmetik serta melahirkan lebih ramai usahawan dari program yang akan dianjurkan syarikatnya.

-NIAGATIMES

 

 

Anne Munir Ain NM Cosmex NM Cosmex team Nurain Munir

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.