Saudi Aramco anjurkan Forum & Pameran IKTVA ke-4 minggu ini di Pusat Ekspo Dhahran di Dammam, berjaya menarik lebih 1,000 pembekal perkhidmatan dan peralatan sektor tenaga tempatan dan antarabangsa, pengeluar dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk meninjau peluang-peluang pelaburan yang tersedia dengan Saudi Aramco dalam sektor huluan, kimia, utiliti, bukan logam, IT dan keselamatan siber, serta segmen-segmen lain.

Acara utama tahunan itu menyokong program In Kingdom Total Value Add (IKTVA), strategi penyetempatan Saudi Aramco untuk membina rantaian bekalan bertaraf dunia dan mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab tenaga yang kompetitif di peringkat global selari dengan Wawasan 2030, program pempelbagaian ekonomi Kerajaan Arab Saudi.

Diadakan pada 26-27 November di bawah naungan YAM Putera Saud bin Nayef bin Abdulaziz Al Saud, gabenor Wilayah Timur, forum ini menawarkan pembentangan, bengkel dan panel mengenai amalan terbaik dalam menavigasi aspek-aspek berkenaan seperti keperluan pengawalseliaan, pembiayaan, R&D dan pembangunan bakat.

Selain menandatangani MoU dan kolaborasi komersial, satu program penganugerahan telah diadakan bagi meraikan kisah-kisah kejayaan program berkenaan untuk tahun ini.

Penyertaan IKTVA adalah wajib untuk setiap pembekal Saudi Aramco, memandangkan program ini menyasarkan untuk mencapai 70 peratus kandungan tempatan, mencipta ribuan peluang pekerjaan dan mengeksport 30 peratus barangan tenaga tempatan dan output perkhidmatan menjelang tahun 2021. Perkongsian dapat menyokong kandungan tempatan dengan menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan serta R&D.

Menjelang tahun 2030, program ini menyasarkan untuk menubuhkan 30 pusat latihan dengan membantu mempersiapkan 360,000 siswazah yang berkemahiran tinggi untuk melakukan pekerjaan masa depan.

Sebagai balasan, syarikat-syarikat dengan kehadiran tempatan dapat memanfaatkan lebih SAR 1.7 trilion yang dibelanjakan oleh Saudi Aramco terhadap peluang-peluang penyetempatan sepanjang dekad akan datang.

“Forum IKTVA 2018 kami menandakan usaha yang sudah di pertengahan menuju matlamat kandungan-tempatan kami dan acara ini telah menekankan sifat saling menguntungkan program kami dengan banyak pembekal antarabangsa kami yang meningkatkan bahagian pasaran mereka atau memindahkan pengilangan mereka ke Kerajaan Arab Saudi,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser. “Sepanjang acara selama dua hari itu, kami menandatangani perjanjian bernilai $27.5 bilion menerusi sejumlah 31 kolaborasi komersial. Syarikat-syarikat yang melabur di sini mempunyai kedudukan ideal untuk mendapat manfaat selanjutnya menerusi penandatanganan kami bulan lalu iaitu bernilai SAR 125 bilion dalam perniagaan di Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, yang kebanyakannya akan memberi impak langsung kepada IKTVA. Setakat ini, 51 peratus daripada setiap riyal yang diperuntukkan oleh Saudi Aramco untuk bahan dan perkhidmatan dibelanjakan di kawasan setempat.”

Forum & Pameran IKTVA tahunan ialah acara rantaian bekalan tenaga global yang terkemuka, mendorong nilai domestik tambahan dan memaksimumkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan untuk ekonomi Kerajaan Arab Saudi yang berubah-ubah.

Acara ini berjaya menarik lebih 1,000 syarikat; kira-kira 4,000 peserta dari 40 negara; dan lebih 80 pempamer. – PR NEWSWIRE