SCB AutoX lancarkan pinjaman mikro bisnes menerusi platform Mobius Silverlake Axis

Syarikat peneraju teknologi perusahaan, perisian dan perkhidmatan di Singapura, Silverlake Axis Ltd baru-baru ini mengumumkan persetujuan yang dicapainya dengan Siam Commercial Bank (SCB), satu daripada lima bank terbesar Thailand dengan nilai keseluruhan aset sebanyak 3.18 trilion Thai Baht (THB) bagi menjana strategi inovatif SCB untuk membina usul baharu di luar bank tradisional.

Dibangunkan bersama platform Mobius SAL, AutoX membolehkan usul berpusatkan pelanggan bagi ekosistem kewangan yang baru muncul dan tempat pasaran Asia Tenggara dan seterusnya secara global.

Produk pinjaman AutoX, Ngern Chaiyo direka untuk merungkai tekanan kewangan terutama dalam kalangan kelompok rakyat Thailand yang tidak menerima layanan bank atau tidak diterima bank yang menjadi teras penting di dalam visi AutoX.

Kemuncaknya nanti, AutoX menyampaikan pinjaman baharu yang merupakan penawaran produk pinjaman mikro perniagaan yang sudah sedia ada di lebih daripada 1,000 lokasi baharu hari ini.

AutoX menyasarkan porfolio pinjaman sebanyak THB 10 bilion menjelang akhir tahun ini, dan THB 70 bilion pada 2025 yang dijana daripada 3,000 potensi titik jualan. Selain itu, ia berada di landasan untuk mengadakan IPO yang disasarkan menjelang 2027.

Pinjaman mikro perniagaan AutoX menyediakan tahap baharu kewujudan pelanggan dan perkhidmatan di dalam pasaran Thai, membolehkan kelulusan pinjaman secara automatik hanya dalam tempoh beberapa minit, dan akses mudah pelanggan menggunakan rangkaian ATM sedia ada SCB.

Ngern Chaiyo memajukan perniagaan pinjaman hasil daripada pemahaman mendalam terhadap kesulitan yang dihadapi oleh kalangan penduduk yang tidak menerima dan tidak diterima bank, meluas besar keterangkuman kewangan dan memperkasa pengeluaran tunai bagi pelanggan yang bebas hutang.

-NIAGATIMES

GAMBAR-HIASAN.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.