Sektor perkayuan sumbang dana bantuan kemanusiaan Covid-19

0
28

Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) telah melancarkan Dana Bantuan Kemanusiaan Covid-19 dengan kerjasama tujuh persatuan dan lebih 100 syarikat perkayuan sebagai langkah untuk meringankan beban kerajaan bagi membendung penularan wabak penyakit Covid-19.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan hari ini berkata, MTC mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dan sehingga kini telah berjaya mengumpul sebanyak RM895,550.00.

“Sumbangan ini akan disalurkan untuk membekalkan keperluan Kementerian Kesihatan, badan-badan barisan hadapan yang memerlukan untuk memerangi gejala Covid-19 dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk disampaikan terus kepada rakyat yang sedang kesusahan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

“MTC akan teruskan dengan kempen kutipan dana ini sehingga mencapai sasaran RM1 juta. Lebih daripada 100 syarikat perkayuan dan tujuh persatuan menunjukkan sikap prihatin membantu barisan hadapan dan golongan terjejas walaupun perniagaan mereka terutama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

“Manakala, 30 syarikat lain yang menyumbang adalah dari sektor perabot dan 71 syarikat dari sektor perkayuan yang lain,” jelas kenyataan tersebut.

Replika cek tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi MTC, Datuk Low Kian Chuan kepada Menteri Perusahaan Peladangandan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam satu majlis di Sungai Tong, Terengganu.

YBM-2.jpeg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.