Selamat tinggal Tesco, selamat beroperasi Lotuss

Syarikat gedung peruncitan, Tesco Stores Malaysia Sdn Bhd (Tesco) kini giat melaksanakan transformasi perniagaan dengan melakukan penjenamaan semula ke atas 62 cawangannya di seluruh negara menjadi Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotuss).

Tesco berkata, pembaharuan itu juga selaras dengan matlamat mereka untuk terus menceriakan para pelanggan dengan perkhidmatan, tawaran dan barangan yang kekal hebat.

“Nampak sesuatu yang berbeza? Nama kami kini ditukar ke Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd.

“Nantikan penjenamaan baharu daripada kami,” katanya ringkas melalui catatan di laman Facebook dan Instagram rasmi Tesco Malaysia, semalam.

Terdahulu, difahamkan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia telah meluluskan pengambilalihan Tesco Malaysia yang mengikut jejak Tesco Thailand di bawah pemilik baharu dari negara berkenaan, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group).

Ia susulan penjualan operasi gedung di Asia Tenggara oleh pemilik asal, Tesco Group UK yang telah mencapai persetujuan pada November tahun lalu.

Sementara itu, semakan lanjut di bahagian Maklumat Tambahan laman media sosial Tesco Malaysia mendapati bahawa proses penjenamaan semula itu dijangka bakal diselesaikan secara total menjelang akhir tahun 2021 nanti.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.