Seminar Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2022

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2022 pada 13 Januari 2022 untuk menyebarkan maklumat berkaitan prestasi industri sawit Malaysia pada 2021, prospek pasaran dan tinjauan harga untuk 2022.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin akan merasmikan seminar itu, yang merupakan salah satu platform MPOB untuk menyediakan maklumat terkini mengenai perkembangan industri minyak sawit.

Bertemakan โ€˜Industri Sawit: Melayari Cabaran Merangkul Peluang dalam Landskap Pasca-COVIDโ€, seminar itu akan memberi tumpuan kepada hala tuju industri sawit, pendekatan yang diambil oleh Kerajaan, serta pembangunan perdagangan dan kesannya terhadap komoditi.

Terdapat sembilan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit bagi 2021, prospek pasaran dan tinjauan untuk 2022 akan dibentangkan.

โ€œSeminar itu akan memberi peluang kepada para peserta untuk mengemas kini prestasi terkini industri minyak sawit, strategi pasca COVID-19 dan perkembangan pasaran,โ€ kata Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

Penggiat industri tempatan, pengeksport, ahli ekonomi, penggubal dasar dan ahli akademik digalakkan untuk menyertai seminar ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar tersebut boleh melayari laman sesawang www.mpob.gov.my atau sila daftar melalui pautan berikut:

http://apps.mpob.gov.my/application/cms/2022_01outlook.nsf/Conference%20Registration%20Web?OpenForm

-NIAGATIMES

KREDIT-FOTO-MPOB.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.